Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk mencoretkan sepatah

dua kata dalam laman web rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Setiu ini.

 

Dengan terbinanya laman interaktif ini, Pejabat Pendidikan Daerah Setiu telah melangkah

setapak lagi ke era teknologi maklumat. Dengan adanya laman web Pejabat Pendidikan

Daerah Setiu ini diharapkan dapat membantu warga pendidik dan masyarakat umum dalam

proses mencari maklumat serta dapat membantu pihak sekolah berhubung antara satu dengan

yang lain.

 

Saya juga berharap dengan adanya laman web ini semua program dan aktiviti akan dapat dijalankan

dengan lebih sistematik dan komprehensif, sekali gus ia dapat mempercepat transformasi pengurusan

Pejabat Pendidikan Daerah Setiu dengan lebih mantap dan berkesan, terutama dalam usaha untuk

membangunkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang

.

Dengan ini diharapkan semua pegawai, kumpulan pelaksana, dan juga warga pendidik di daerah

ini akan menjadikan laman web ini sebagai tempat berkolaboratif dan alat penyampai maklumat yang

berkesan dalam menjalankan tugas harian kita.

 

Akhir kata, saya berharap dengan wujudnya laman web ini akan memberikan lebih peluang kepada

pegawai dan warga pendidik di Daerah Setiu agar mereka dapat bekerja secara kolaboratif melalui

maklumat yang disampaikan melalui portal ini. Saya juga mengharapkan kerjasama, kesedian, dan

kesanggupan daripada semua untuk memikul dan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh

bersesuai dengan moto Pejabat Pendidikan Daerah Setiu iaitu “Menjejak Kualiti, Menjanakan Kecemerlangan,

Setiu Sohor, Berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

 

Sekian, terima kasih.

 

 

HAJI MOHD YASMIN BIN YUSOF
Pegawai Pendidikan Daerah Setiu
Terengganu