SEJARAH PPD

Latar Belakang

Daerah Setiu mempunyai 11 buah sekolah menengah dan 43 buah sekolah rendah. Keramaian guru sekolah menengah ialah 556 orang, manakala guru sekolah rendah berjumlah 789 orang. Jumlah murid sekolah menengah seramai 7099 orang dan sekolah rendah 9061 orang. Semua sekolah mengadakan pengajian satu sidang sahaja. Majoriti guru beragama Islam (99%) dan murid beragama Islam sebanyak 97%. Kebanyakan sekolah terletak diluar bandar dan kawasan pedalaman . Semua sekolah di Daerah Setiu mendapat kemudahan asas bekalan air bersih, telefon, elektrik dan jalan. Pekerjaan utama penduduk adalah petani dan nelayan.

 

Sejarah Penubuhan

Pejabat Pelajaran Setiu ditubuhkan pada 16 Febuari 1987 sebagai cawangan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Besut yang diberi kuasa mengurus hal ehwal murid terhadap 12 buah sekolah. 3 orang pegawai ditempatkan pada peringkat awalnya. Pada 27 Mac 1990 Pejabat Pelajaran Daerah Setiu diperluaskan pengurusan sekolah terhadap 36 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah dengan bidang kuasa diberi terhadap kurikulum, penyeliaan, pertukaran dan penempatan guru serta murid, perancangan dan pembangunan fizikal, hal ehwal murid dan aktiviti ko-kurikulum. Pada tahun 2000 pertambahan sekolah baru sebanyak 7 buah sekolah rendah dan 9 buah sekolah menengah. Pada Januari 2002 Pejabat Pelajaran Daerah Setiu telah dinaikkan taraf sebagai Pejabat Pelajaran penuh gred C oleh Jabatan Perkhidmatan awam.

Sistem Pencapaian Sekolah

Ultimate Browsers SupportSistem Pencapaian Sekolah merupakan sistem perekodan pencapaian sekolah-sekolah daerah Setiu.

Read more...

Big Data Daerah

Great Docs and SupportBig Data memaparkan maklumat-maklumat asas  serta data-data berkaitan pendidikan daerah untuk dijadikan rujukan.

Read more...

Dokumen

Native RTL SupportSatu ruang simpanan beberapa jenis dokumen seperti modul dan borang-borang untuk dimuat turun oleh warga sekolah.

Read more...