PPD Setiu 17 Mac - Pejabat Pendidikan Daerah Setiu di bawah Sektor Psikologi dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor dan Menti pada hari ini di Bilik Mesyuarat Munsyi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof.
Antara objektif program ini ialah memberi bimbingan dan panduan kepada semua pegawai yang baharu dilantik dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah Setiu dalam pelaksanaan tugas dan budaya kerja. Puan Rizah binti Sulaiman selaku Kaunselor Pendidikan Daerah telah menyediakan beberapa program sepanjang enam bulan program ini berjalan.
PPD Setiu 15 Mac - Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Setiu telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan kepada semua pegawai untuk sesi 2020. Mesyuarat khas ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizal bin Tajudeen selaku Ketua Sektor Pembelajaran.
Selain membincangkan tentang pembahagian tugas, mesyuarat turut membincangkan tentang pengurusan Big Data untuk Sektor Pembelajaran. Mesyuarat yang diadakan di ruang utama Sektor Pembelajaran ini telah dihadiri oleh sebahagian besar para pegawai yang terlibat dalam menerima senarai tugasan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
PPD Setiu 12 Mac 2020 - Kursus Pelantar Pembelajaran Maya Google Classroom untuk Pengetua dan Guru Besar Zon PKG Permaisuri telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Kegiatan Guru Permaisuri bermula jam 8.30 pagi.
Kursus yang melibatkan semua Pengetua dan Guru Besar Zon Permaisuri Timur dan Barat itu telah memberi pendedahan kepada pentadbir sekolah tentang penggunaan Google Classrom sebagai salah satu bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam proses PdPc.
PPD Setiu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Pengetua dan Guru Besar yang hadir dan telah memberi kerja sama yang sangat baik dalam menjayakan kursus ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua Jurulatih Utama GC Puan Fadilaton, Encik Azaman dan Encik Suhairi atas perkongsian ilmu yang diberikan.
PPD Setiu 8 Mac 2020 - Kursus Pelantar Pembelajaran Maya Google Classroom untuk Pengetua dan Guru Besar Zon PKG Langkap telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Kegiatan Guru Langkap bermula jam 8.00 pagi.
Kursus yang melibatkan semua Pengetua dan Guru Besar Zon Langkap Selatan dan Langkap Utara itu telah memberi pendedahan kepada pentadbir sekolah tentang penggunaan Google Classrom sebagai salah satu bahan yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam proses PdPc.
PPD Setiu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Pengetua dan Guru Besar yang hadir dan telah memberi kerja sama yang sangat baik dalam menjayakan kursus ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua Jurulatih Utama GC Puan Fadilaton, Encik Azaman dan Encik Suhairi atas perkongsian ilmu yang diberikan.
Sistem Pencapaian Sekolah merupakan sistem perekodan pencapaian sekolah-sekolah daerah Setiu.
Big Data memaparkan maklumat-maklumat asas serta data-data berkaitan pendidikan daerah untuk dijadikan rujukan.
Satu ruang simpanan beberapa jenis dokumen seperti modul dan borang-borang untuk dimuat turun oleh warga sekolah.