Home Sejarah PPD
26 | 05 | 2013
Sejarah
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 05 April 2008 22:33

SEJARAH PPD


 

LATAR BELAKANG

Daerah Setiu mempunyai 11 buah sekolah menengah dan 43 buah sekolah rendah. Keramaian guru sekolah menengah ialah 556 orang, manakala guru sekolah rendah berjumlah 789 orang. Jumlah murid sekolah menengah seramai 7099 orang dan sekolah rendah 9061 orang. Semua sekolah mengadakan pengajian satu sidang sahaja. Majoriti guru beragama Islam (99%) dan murid beragama Islam sebanyak 97%. Kebanyakan sekolah terletak diluar bandar dan kawasan pedalaman . Semua sekolah di Daerah Setiu mendapat kemudahan asas bekalan air bersih, telefon, elektrik dan jalan. Pekerjaan utama penduduk adalah petani dan nelayan.


SEJARAH PENUBUHAN

Pejabat Pelajaran Setiu ditubuhkan pada 16 Febuari 1987 sebagai cawangan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Besut yang diberi kuasa mengurus hal ehwal murid terhadap 12 buah sekolah. 3 orang pegawai ditempatkan pada peringkat awalnya. Pada 27 Mac 1990 Pejabat Pelajaran Daerah Setiu diperluaskan pengurusan sekolah terhadap 36 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah dengan bidang kuasa diberi terhadap kurikulum, penyeliaan, pertukaran dan penempatan guru serta murid, perancangan dan pembangunan fizikal, hal ehwal murid dan aktiviti ko-kurikulum.
Pada tahun 2000 pertambahan sekolah baru sebanyak 7 buah sekolah rendah dan 9 buah sekolah menengah. Pada Januari 2002 Pejabat Pelajaran Daerah Setiu telah dinaikkan taraf sebagai Pejabat Pelajaran penuh gred C oleh Jabatan Perkhidmatan awam.

Kemaskini pada Sabtu, 12 April 2008 11:50
 
PPD

PPD
Tuan Hj Kipayatuallah Dato' Mohd Said

Timb PPD
Timbalan PPD
Tn Haji Mohd Azmi b Nazir
Waktu Solat


[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Aplikasi Online

TESTING JE

Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini241
mod_vvisit_counterSemalam345
mod_vvisit_counterMinggu Ini4542
mod_vvisit_counterBulan Ini13017
mod_vvisit_counterSemua738479
Pengguna
  • SK Mangkok
  • SK Telaga Papan
  • SK Panchor Merah
  • SK Bari
  • SK Putera Jaya
Tazkirah
Hadrat Aus Thaqafi radi-Allahu 'anhu meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Membaca al-Quran daripada hafalan (ingatan) mendapat sebanyak seribu darjat thawab (pahala), sebaliknya membaca al-Quran daripada kitab (mashaf) menggandakannya kepada dua ribu darjat".