| Setiu Johan Tilawah dan Bercerita Peringkat Negeri Terengganu |
| Ditulis oleh Administrator |
| Ahad, 22 April 2012 11:08 |
|
KEMAMAN 21 APRIL 2012 - Karnival Dakwah (Masjlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid) Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, Kemaman selama dua hari bermula dari 20 April 2012 dan berakhir pada 21 April. Daerah Setiu telah memenangi 4 acara yang dipertandingkan iaitu Johan Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah (Perempuan) oleh adik Amirah Solihah binti Anuar dari SK Batu 29, Johan Bercerita Kisah-kisah Al-Quran Sekolah Rendah (Perempuan) oleh Nur Aisyah Syukriah binti Abd Razak dari SK Permaisuri, Naib Johan Hafazan Sekolah Rendah (Perempuan) oleh Nurina Afiqah binti Zaimera dari SK Putera Jaya dan Tempat Ketiga Syarahan Sekolah Menengah (Lelaki) oleh Fakrul Arif bin Fakrol Rodzi dari SMK Lembah Bidong. Mereka bertiga akan mewakili negeri Terengganu ke Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Pahang pada bulan Mei nanti. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu. Turut hadir dalam majlis penutup ialah Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Encik Zakaria bin Hussin, ketua-ketua sektor, pegawai-pegawai dari JPNT dan pegawai-pegawai pelajaran daerah. PPD Setiu mengucapkan tahniah kepada semua pemenang serta semua guru dan jurulatih yang terlibat. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa dan cuba lagi.
|
| Kemaskini pada Ahad, 22 April 2012 13:06 |


















