24 | 04 | 2014
Majlis Persaraan Cikgu Mohd Yatim
Ditulis oleh Anuar   
Selasa, 03 Februari 2009 22:26

cikgu yatim

3 Februari 2009 - Majlis Persaraan Tuan Haji Mohd Yatim bin Hassan, Guru Besar SK Seri Langkap telah diadakan di dewan terbuka SK Seri Langkap pada jam 10.30 pagi tadi. Majlis yang penuh sejarah dan bermakna ini turut dihadiri oleh pihak PPD iaitu Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Setiu YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor dan Tuan Haji Rozalan bin Adam, Ketua Polis Balai Sungai Tong Tuan Haji Reduan bin Ismail, ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru Besar zon Setiu Timur serta guru-guru dari sekolah yang berdekatan.

dif 
Dif jemputan yang hadir dalam majlis persaraan Cikgu Mohd Yatim 

Tn Haji Mohd Yatim yang memilih untuk bersara pada umur 56 tahun ini telah berkhidmat selama 34 tahun sebagai guru bermula pada tahun 1977 di SK Telemong. Kemudian beliau telah ditukarkan ke beberapa buah sekolah lain seperti SK LKTP Belara (1978 - 1987), SK Kg Bari (1988 - 1990), SK Tayor (1991 - 1997), SK Kg Fikri, SK LKTP Chalok Barat, SK Bukit Mundok, SK Kg Bukit, SK Padang Setebu dan akhirnya memilih bersara di SK Seri Langkap.

hadirin 
 
cenderahati 
Tuan Pegawai PPD memberi cenderahati kepada Tn Haji Mohd Yatim 

Dalam ucapan akhir beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak terutama pihak PPD Setiu serta semua guru yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada beliau sewaktu bertugas sebagai Guru Besar. Beliau juga memohon berbanyak kemaafan daripada semua pihak yang mengenali beliau terutama warga pendidikan sekiranya ada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh beliau sepanjang bertugas sebagai guru.

 

Kemaskini pada Selasa, 03 Februari 2009 22:57
 
PPD

PPD
Tuan Hj Kipayatuallah Dato' Mohd Said

Timb PPD
Timbalan PPD
Tn Haji Mohd Azmi b Nazir
Waktu Solat


[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini772
mod_vvisit_counterSemalam929
mod_vvisit_counterMinggu Ini3462
mod_vvisit_counterBulan Ini20512
mod_vvisit_counterSemua180356
Pengguna
  • SK Mangkok
Tazkirah
PENGHUNI SYURGA
Hadis   Usamah bin Zaid r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita".
Aplikasi PPD

SPS

STB